Syaitan dah bertaubat?

Hmm..sebelum kita cakap pasal syaitan ni kawe nak cerita pasal iman…

kalau kita tengok…selalunya selepas kita berada dalam suasana yang meningkatkan iman kita seperti majlis ilmu, majlis zikir, berdakwah, dan sebagainya. Terasa mudah untuk kita taat perintah Allah dan menjauhi larangannya, namun, dari semasa ke semasa perasaan itu mula menjadi semakin berkurangan.

Ini menunjukkan iman kita sedang menurun
kembali…
kita ingin mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan…ini disebabkan kita bukan lagi berada dalam suasana yang meningkatkan iman… seterusnya apa yang kita buat pada waktu inilah yang membezakan kita sesama kita…KETAKWAAN…the ability to follow Allah’s commandment..
seseorang itu kemudian terbahagi kepada dua…samada dia terjerumus dalam maksiat…ataupun dia dapat bertahan dengan kembali berusaha meningkatkan imannya?

Allah berfirman to the nearest meaning:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-Ankabut 29:69)

Kita tidak boleh biarkan iman kita yang sedang menurun itu untuk dia sendiri melawan godaan syaitan dan nafsu…kita kena buat sesuatu pada waktu itu untuk kembali kepada environment yang boleh meningkatkan iman…OK sekarang dijemput sheikh habib ali untuk menambah apa2 yang patut…

Terima kasih sheikh habib ali..

Hanyalah dengan memberikan masa kita, harta kita, kesihatan kita, anggota badan kita untuk terus menerus meningkatkan iman kita apabila kita sedar dia sedang menurun…Allah akan berikan kita kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan syaitan…

maksudnya ialah..kita kena keluar dari environment tu…pergi buat semula perkara yang meningkatkan iman seperti berdakwah, solat, baca quran, zikir, pergi majlis ilmu…atau pun buatlah perkara-perkara halal seperti membaca buku, berjalan-jalan di taman, melawat saudara mara atau sahabat handai, melancong, memasak, meminum dan sebagainya

Dan akhirnya kita mahu mati dalam keadaan itu…inilah target kita..mati dalam mentaati perintah Allah…khusnul khatimah…dan beroleh syurga…kerana kita tidak tahu bilakah detik kematian kita…

p/s: Syaitan tak bertaubat sejak dulu sampai sekarang…tapi manusia banyak yang dah bertaubat…he3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s