Tadika dan Sekolah (Memori lama)

Starting Point aku di dalam dunia pembelajaran ni adalh di tadika Kemas Padang Midin, Kuala Terengganu. Time tadika ni la my Ma akan bonceng aku naik basikal pergi dan balik tadika. Indahnya saat itu.. haha. Apabila teringat benda ni baru la aku rase betape besar pengorbanan seorang ibu untuk bagi pendidikan kat anak dia. Kat bawah ni adalah gambar kelas tadika aku dan akulah budak paling rendah time tu..

aku kat line tengah 3 dari kanan. Awek aku line depan duduk tengah2.. haha

Selaku anak tentera, berpindah randah tu memang perkara biasa. Jadi aku dianugerahkan untuk belajar di 3 sekolah rendah yang berbeza. Dari Kuantan ke Terengganu dan Akhirnya ke Kelantan, tempat asal usul kawe. Sekolah pertama ambe adalah

 

 

Sekolah Kebangsaan Wira, Kuantan. Sebelah kem tentera Batu 10 yang dulunya rumah aku kat situ.

tak berubah lagi lambang dia

kat sekolah ni la berlaku dimana aku ponteng sekolah dengan melompat pagar time waktu rehat. Dah flat rumah sebelah sekolah je. Time tu darjah 2 aku rase. Cikgu tu punya la garang sampai berdarah telinga aku dia pulas sebab tak hafal sifir. Seriously berdarah. hahaha. Lepas lompat pagar tu aku tak terus balik rumah, aku menyorok dalam longkang sebab klau balik confirm kena marah. Last2, kantoi jugak dengan jiran satu flat.. haha

 

 

Next stop adalah Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Rumah aku time tu kat Kem tentera Seberang Takir.

Sekolahku Teluk Ketapang, Disini Kita bermula (lagu sekolah)

Aku pegi sekolah jalan kaki je time ni. Sekolah ni la aku rase paling susah nak tinggal. Aku ada sorang bestfriend kat sini nama dia Ridhuan, sumpah kalau jumpa sekarang mesti dah tak kenal. Ceritanya ridhuan ni selalu support aku kalau aku kena buli.. haha.. kito datang dari kuantan, mesti la cakap KL sikit2.. takkan terus masuk slang ganung.. badan pulak kecik time tu..

 

 

Sekolah rendah terakhir aku adalah Sekolah Kebangsaan Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah. Bila ayah aku bersara dari tentera, kitorang anak beranakpun berpindah balik ke kelantan. Kat sini la terpupuk semangat aku nak belajar betul2. Cam mano tak tau..
Aku dulu pengawas time sekolah ni. Teringat kena tampor dengan guru besar sebab tersalah baca doa… hahaha

perhimpunan dulu

Sebelum terbinanya umah kedai ayah dan mak aku depan sekolah ni, aku tinggal kat rumah nenek aku yang jauh sikit dari sekolah ni. So, kadang2 aku ke sekolah naik motor dengan abah, naik basikal.. kadang2 balik rumah kena jalan kaki merentas bendang. Dulu sememangnya rajin nak pegi sekolah. Sangat berbeza dengan situasi nak ke lecture hari ni. In the end.. aku dapat 3A 2B dalam UPSR. Boleh la tu dari takde A. Sayangnya, dia dapat tinggi lagi..

ni la sawah ditepi jalan ke sekolah.. gambar dah edit ni

So habislah riwayat persekolahan rendah aku. Bila diingat kembali, lama dah aku tinggal semua ni.. aku dah 22 rupanya.

‘exam menyakitkan’ 9/5/12, 11.33pm, Queensway , London

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s