USRAH ABE ANSAR (KAYA KE KITA?)

TEKS daripada ABE ANSAR yang hensem.. Semoga Membukak apa yang selama ni kita tak boleh bukak….

“Saudara & Saudari yang mulia,

Apakah makna kejayaan.

Den KAYO

Adakah ia pada pangkat yang tinggi?

Atau pengikut yang ramai?

Atau harta yang banyak?

Jika kejayaan hanyalah pada pangkat maka firaun mestilah dikira berjaya kerana dia punyai kerajaan yang besar dan pangkat sebagai raja.

Tetapi firaun tidak berjaya, dia telah dihinakan oleh Allah dgn ditenggelamkan lemas dalam laut yang terbelah untuk nabi Musa ketika sedang mengejar nabi Musa dan pengikutnya

Jika kejayaan pada harta…. Maka sepatutnya Qarun telah berjaya kerana dia ada begitu banyak harta….sehingga kunci- kunci gudang hartanya perlu di di bawa oleh unta- unta.

Tetapi tidak, qarun telah ditelan oleh bumi ketika cuba memfitnah nabi Musa degan tuduhan zina

Kejayaan seluruh ummat manusia adalah dalam Islam

sejauh mana dapat taat segala perintah Allah dan jauhi segala larangannya

Allah s.w.t tidak marah jika kita berjumpa denganNya kembali di akhirat kelak tanpa membawa harta yang banyak

Allah tidak marah jika kita berjumpa denganNya belum menjadi raja

Tetapi Allah begitu marah jika kita berjumpa dengannya dengan tanpa membawa IMAN DAN AMAL SOLEH.

Jadi tujuan utama kita di dunia ini adalah untuk bersedia bagi hari akhirat… Untuk berjumpa Allah semula dalam keadaan Allah reda pada kita

Untuk itu amal yang paling2 asas adalah solat, ibadat yang paling asas namun sangat penting…TBC” – ABE ANSAR (takde detail tentang mamat ni..ha3)

Pehh…ada TBC la plak… adoi yay pun…

**sewaktu bersnap di Hyde Park semalam, satu quote dari pelajar Al-Azhar Mesir yang aku tak pernah fikir (atau malas nak fikir)..
” Apabila kita suka dan rapat dengan seseorang, kebaikan dia je kita tengok..
bila kita tak kenal atau tak suka seseorang, keburukan je yang kita cari..”

pehh.. menempek di hati tu…

salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s