Yang mana 1?

Image

Yang mana 1?

Advertisements

Apakah kata-kata yang ajaib?

Salam

ambo nak cerito, sebenarnya ade satu perkataan ni kalo kita cakap, sangat besar ganjaran dia, banyak manfaat yang kita boleh dapat

ingat tak cerita nabi yusuf?

nabi yusuf a.s dulu bila dia masuk dalam penjara, dia tafsirkan mimpi 2 orang yang sepenjara dengan dia, pastu tafsiran dia betul, seorang hidup seorang lagi mati, orang yang hidup tu dibebaskan dan kerja dengan raja, sebelum dia dibebaskan dia promise nak bagitau raja tentang keadaan nabi yusuf….pastu bertahun-tahun berlalu dia lupa nak bagitau raja tentang nabi yusuf sehingga raja dapat mimpi yang pelik dan dan perlukan penafsir mimpi.

masalahnya kenapa orang tu lupa nak bagitau raja selama bertahun2?

satu lagi cerita, nabi muhammad saw bila ditanya tentang ashabul kahfi dengan zulkarnain nabi promise kepada kepada orang musyrik datanglah besok..nanti aku bagitau, wahyu tak turun-turun juga, nabi kata datang lah besok lagi, perkara ni berlaku selama 15 belas hari wahyu tak turun2 dari Allah menyebabkan orang musyrik mula mencerca nabi.

akhirnya Allah turun kan wahyu:

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, besok pagi” melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) “Insya Allah” (jika dikehendaki Allah)”.

(Surah Al-Kahf: 23-24)  

Allah tegur nabi Muhammad supaya sebut INSYAALLAH..

juga cerita tentang nabi Sulaiman daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Nabi Sulaiman bin Daud ‘alaihissalam berkata: “Demi sesungguhnya, saya akan mendatangi pada malam ini semua isteri-isteriku seramai seratus orang di mana masing-masing daripada mereka itu akan melahirkan seorang anak laki-laki yang menyertai jihad di jalan Allah”. Lalu Malaikat berkata kepadanya: “Katakanlah: Insya Allah”, namun Sulaiman tidak mengatakannya kerana lupa, lalu dia mendatangi isteri-isterinya dan tidaklah lahir daripada mereka kecuali salah seorang isterinya yang melahirkan separuh manusia. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Andainya dia berkata: “Insya Allah”, tentulah dia tidak melanggar sumpahnya dan itu akan lebih mendatangkan harapan bagi hajatnya”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

sedangkan nabi – nabi Allah tegur dan ajar supaya sebut InsyaAllah bila  berjanji nak buat sesuatu, inikan pula kita yang lemah lagi hina dina ni…mestilah juga kena sebut INSYAALLAH

InsyaAllah ni bermaksud jika diizinkan/dimahukan oleh Allah

tidak ade sesuatu akan berlaku tanpa kehendak Allah, perkara apa-apa pun takkan berlaku dengan kehendak makhluk…hanya dengan keizinan dan kehendak Allahlah semua perkara berlaku…makhluk takde kuasa, Allah maha kuasa dan buat segala-galanya

walaupun nak buat kebaikan pun seperti solat, zikir pun hanya dengan keizinan dari Allah.

kehendak Allah melebihi kehendak makhluk..

walaupun semua nabi kumpul berkehendakkan memberi hidayah dekat manusia takkan dapat beri hidayah tanpa keizinan Allah

dalam percakapan kita jangan bertentangan degan kehendak lailahaillalah

makan ubat boleh baik..kita kena lapikkan dengan insyaAllah.

dalam satu hadis qudsi:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. (Riwayat Muslim)

jadi bila kita cakap Insyallah ni kita akan dapat BANYAK pahala kerana telah mengikut apa yang diajarkan oleh Allah melalui nabi kita yang tercinta nabi Muhammad saw.

Formula selesaikan apa-apa saja masalah.

Assalamualaikum

hari ni kawe nak cerito bab ujian, kan selalu kita ni kadang-kadang macam-macam masalah ke ujian ke cubaan ke dari Allah datang kat kita

contoh macam masalah keluarga ke, masalah kewangan ke, masalah beribadat, malas nak ibadat, semualah.

sebenarnya Allah bagi kat kita semua ni sebab nak uji kita, nak uji iman kita, samada iman kita ni betul-betul ke tak

bak kata ustaz abu hafiz, haritu dengar ceramah dia, dia kata Allah bagi semua ni sebab mula-mula tahap pertama Allah nak uji iman kita

Al-ankabut:2

yang kedua ni Allah nak sucikan kita dari dosa-dosa yang kita dah buat, untuk sebagai kaffarah lah supaya dosa-dosa ni semua dapat dihapuskan pastu yang last sekali, tujuan dia adalah untuk tingkat kan lagi darjat kita disisi Allah, bila kita lepas satu ujian tu, darjat kita disisi Allah meningkat. haa, tapi nabi-nabi ujian untuk diorang, yang ketiga ni adalah special untuk diorang, sebab diorang iman diorang meningkat setiap masa, kalau malaikat tetap je kan.

so kita pun boleh jadi macam nabi-nabi la, Allah bagi chance untuk kita tingkatkan darjat kita lagi..lagipun kita ni memang umat akhir zaman kan, ummat akhir zaman ni dia memang special sikit dia macam nabi-nabi, sebab Allah dah bagi ummat akhir zaman ni kerja para nabi. iaitu ajak orang kepada Allah

lagipun Allah takkan uji orang tu apa-apa yang dia tak boleh nak tanggung, ape-ape jelah yang korang tak boleh nak tanggung, Allah takkan uji.

so ade tiga tujuan tadi lah, kenapa Allah uji kita, so bila kita dapat ujian tu kita kena happy lah, sebab Allah nak bagi kebaikan kat kita. haa amacam?  haa tapi ade tips , haa kalau apa-apa berlaku kat kita cepat-cepat baca innalillahiwainnailaihirojiun…

pastu gunakanlah anggota badan kita untuk taat perintah Allah, doa pada Allah dengan dakwah kat orang lain, bagitau orang lain tentang ujian ni, apa maksud ujian , apa tujuan ujian, cara-cara nak hadapi ujian…insyaallah beli kita bagitau Allah akan mudahkan kita untuk amalkan…:)

Tudung Labuh tapi…..

Selalu kita tengok di fb dan twitter banyak post-post yang share pasal keperluan perempuan menutup aurat dengan sempurna… pakailah tudung betui-betui…cara pakai tudung macam gini dan bukan macam gitu…etc2….banyaklah terangkan kat kito cara-cara tutup aurat dengan sempurna untuk kaum hawa…

Buat macam tu baguih dan insyaAllah dapat pahala… TAPI cam mano pulak dengan LELAKI yang share benda ni…

La ni ambo nak cerita pasal lelaki jugok dan apakata kita ghoyak(bagitau) sikit pasal lelaki hehehe…mengikut pengetahuan ambo..yang bukan ustaz ni…kalau salah tolong tegur ye….ni ambo ade suatu cerita nak habaq

Someone asked an SHEIKH KAMEL AL MEKKIwhy does the muslim always grow their beard?…he said i understand why you are asking me that question..but i actually dont grow it..it comes out by itself!…not like that i wake up and put some manouvres…go outside in the sun..check in the mirror is it growing, it just comes out by itself!…what is natural is when a male matures, he develops facial hair.. so if you ask a child to draw a face of a man and the face of a woman, the child will naturally adds facial hair to the face of a man..so what is natural is for your hair to grow out..and what not natural is to insist every morning on removing every stubble of hair and cutting yourself in the process and putting the cologne..all so that you can say aah like the man in the gilette commercial.

lelaki ni yang terbaiknya SIMPANLAH JANGGUT..dapat pahala kerana ianya sunnah nabi Muhammad idola kita semua dijemput ustaz azhar idrus untuk memberi sedikit nasihat..

dr maza…

ustaz fathul bahri…ulama umno..

TAPI jangan kita ukur ketakwaan orang dengan janggut dan bila dah berjanggut tu perlulah kita jaga dengan RAPI .. bak kata habib ali…

So marilah kita concern pada apa yang patut dilakukan oleh lelaki juga dan bukan hanya pada perempuan..BARULAH SEIMBANG hehehe..bagi yang tak tumbuh janggut tu tak pe la jangan bersedih ye..

YANG PENTING kecintaan terhadap sunnah nabitu ada dalam hati juga insyaAllah akan direward oleh Allah 🙂

LIVE STREAMING KELANTAN VS SIME DARBY, FINAL PIALA FA 19 MEI 2012

Kepada yang tidak berkebolehan nak tengok final pial fa malam ni kat TV.. Sini disediakan beberapa link untuk anda nak tengok online..

LInk 1      Link 2     Link 3

Atau anda boleh like facebook page Asyik TV  

All content including video picture belong to their respective owners. if the video infringes any rights, please contact the external 3rd party provider or its hosting company directly.

Syaitan dah bertaubat?

Hmm..sebelum kita cakap pasal syaitan ni kawe nak cerita pasal iman…

kalau kita tengok…selalunya selepas kita berada dalam suasana yang meningkatkan iman kita seperti majlis ilmu, majlis zikir, berdakwah, dan sebagainya. Terasa mudah untuk kita taat perintah Allah dan menjauhi larangannya, namun, dari semasa ke semasa perasaan itu mula menjadi semakin berkurangan.

Ini menunjukkan iman kita sedang menurun
kembali…
kita ingin mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan…ini disebabkan kita bukan lagi berada dalam suasana yang meningkatkan iman… seterusnya apa yang kita buat pada waktu inilah yang membezakan kita sesama kita…KETAKWAAN…the ability to follow Allah’s commandment..
seseorang itu kemudian terbahagi kepada dua…samada dia terjerumus dalam maksiat…ataupun dia dapat bertahan dengan kembali berusaha meningkatkan imannya?

Allah berfirman to the nearest meaning:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-Ankabut 29:69)

Kita tidak boleh biarkan iman kita yang sedang menurun itu untuk dia sendiri melawan godaan syaitan dan nafsu…kita kena buat sesuatu pada waktu itu untuk kembali kepada environment yang boleh meningkatkan iman…OK sekarang dijemput sheikh habib ali untuk menambah apa2 yang patut…

Terima kasih sheikh habib ali..

Hanyalah dengan memberikan masa kita, harta kita, kesihatan kita, anggota badan kita untuk terus menerus meningkatkan iman kita apabila kita sedar dia sedang menurun…Allah akan berikan kita kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan syaitan…

maksudnya ialah..kita kena keluar dari environment tu…pergi buat semula perkara yang meningkatkan iman seperti berdakwah, solat, baca quran, zikir, pergi majlis ilmu…atau pun buatlah perkara-perkara halal seperti membaca buku, berjalan-jalan di taman, melawat saudara mara atau sahabat handai, melancong, memasak, meminum dan sebagainya

Dan akhirnya kita mahu mati dalam keadaan itu…inilah target kita..mati dalam mentaati perintah Allah…khusnul khatimah…dan beroleh syurga…kerana kita tidak tahu bilakah detik kematian kita…

p/s: Syaitan tak bertaubat sejak dulu sampai sekarang…tapi manusia banyak yang dah bertaubat…he3